Tuesday, September 16, 2008

Salam Ramadhan Kareem(Presiden PERMANIS UM)


Terima kasih saya Presiden PERMANIS UM mewakili warga pimpinan PERMANIS UM ucapkan kesudian keluarga besar PERMANIS UM memeriahkan majlis berbuka puasa pada 16 September 2009.

Kami berbesar hati, saban hari kita semakin bersatu dengan suntikan semangat kekeluargaan anak-anak Negeri Sembilan di kampus perdana. Bagi pihak PERMANIS UM usah rasa kecewa kegagalan Universiti Malaya mendominasi pemilihan APEX. Paling penting kita mahasiswa menguasai kriteria APEX itu sudah mencukupi.

APEX hanya makanisma untuk lebih berjaya, tapi ruang ilmu yang tuhan beri adalah lebih peluang kita lebih maju dari bantuan APEX. Kita dikurniakan sejarah, dikurniakan pimpinan negara, dikurniakan semangat tersendiri, dikurniakan sumber. Pelbagai kurnia disumbangkan selagi kita bersyukur dan meyakini kita perlu kepada perubahan. Ayuh berubah dari sekarang keluarga PERMANIS UM.

Menurut Ibn Khaldun, runtuh bangun sebuah tamadun kerana bangsa itu tidak meyakini perubahan kurniaan tuhan. Sesuatu bangsa yang ketinggalan akan diambil tempat oleh bangsa lebih baik. Bukti dilihat dari sejarah perubahan dari kehebatan Yunani bertukar ke Empayar Islam dan berkembang ke Cina dan Teluk Parsi. Kemudian terus berubah ke block Eropah sehingga menjalar ke utara Amerika sehingga kini. Berubahlah keluargaku demi kejayaan.

"PERMANIS TETAP DI HATI"

SALAM RAMADHAN MUBARAK